Tuesday 16 February 2016

Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian

Beli disini (Maybank2u, CIMB clicks, VISA, Mastercard, Online Banking)





Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3604-22-7 
ISBN-10: 983-3604-22-6
Tarikh Terbit: 13 Jun 2007
Jumlah Muka Surat : 320

Berat (kg) : 0.30
-----------------------------------------------------------------
Review Buku
Buku ini menjelaskan persoalan fikah dalam kehidupan seharian secara praktikal. Pendekatan ataupun (penulisan dalam bentuk) soal jawab memudahkan pembaca memahami setiap aspek fikah dalam kehidupan seharian. Hasil tangan tiga tokoh ulama terkenal ini pasti tidak akan menghampakan.
Hari ini, umat Islam Malaysia diasak dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk pemikiran, gagasan dan cara fikir moden yang mencabar kehormatan dan kemurnian akidah Islam. Islam liberal dari Indonesia, fahaman 'wahhabi' dari Thailand, cara fikir Syiah dari Iran dan ombak feminisme-pluralisme agama dari Malaysia sendiri adalah realiti pahit yang terpaksa ditelan jua. Semuanya secara tidak langsung menggugat akidah umat Islam. Kesannya, wujud pelbagai versi praktis Islam di Malaysia. Mangsa utama yang paling awal terkena bahang ini adalah generasi muda yang dangkal ilmu agama. 

Ramai orang selalu keliru berkenaan hukum hakam Islam terutamanya dalam persoalan harian meliputi solat, zakat, puasa, haji dan pergaulan. Justeru, kemunculan buku Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian ini adalah bagi menjernihkan segala kekeliruan umat Islam terutamanya semasa mempraktikkan Islam dalam kehidupan seharian. 

Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:

1. Jawapan lengkap kepada segala persoalan umum berkenaan praktikal Islam dalam kehidupan seharian terutamanya dalam aspek ibadah dan pergaulan. Jawapan kepada persoalan:

Adakah sama cara menyamak anggota tubuh yang tersentuh anjing ataupun khinzir dengan cara menyamak kulit binatang?
Benarkah kentut sekali batal wuduk dan kentut dua kali tidak batal?
Mengapakah kita dimatikan?

2. Penjelasan melalui konsep soal jawab yang ringkas, mudah dan padat. Sesuai dijadikan panduan setiap generasi sama ada tua ataupun muda.


3. Jawapan kepada beberapa persoalan yang tidak pernah terfikir oleh kita walhal ia penting. Apakah persoalan-persoalan itu, milikilah buku ini dan pastinya anda terkejut, mengapakah saya tidak terfikir?

Penulis buku ini iaitu tokoh agama tiga beradik, Ustaz Ishak Din, Prof. Dato' Dr. Haron Din dan Dato' Abu Hassan Din al-Hafiz adalah ulama yang pakar dalam bidang fikah. Ilmu, kefahaman dan pengalaman mereka ditumpahkan dalam buku ini secara mudah dan praktikal. Justeru, menjadi satu kerugian seandainya buku ini tidak dimiliki.

Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini? 
Kata-kata Aluan 
Kata Pengantar 
Bab 1 Najis dan Penyuciannya 
Bab 2 Air dan Alat Bersuci 
Bab 3 Istinjak 
Bab 4 Hadas Kecil dan Berwuduk 
Bab 5 Tayamum 
Bab 6 Mandi 
Bab 7 Solat 
Bab 8 Sunat-sunat Solat 
Bab 9 Sah dan Batal Solat 
Bab 10 Solat-solat Sunat 
Bab 11 Solat Berjemaah 
Bab 12 Solat Jumaat 
Bab 13 Solat dalam Perjalanan 
Bab 14 Sujud-sujud dalam Islam 
Bab 15 Pengurusan Jenazah 
Bab 16 Puasa 
Bab 17 Lailatulqadar 
Bab 18 Hari Raya 
Bab 19 Korban dan Akikah 
Bab 20 Zakat 
Bab 21 Zakat Harta 
Bab 22 Sedekah 
Bab 23 Haji dan Umrah 
Bab 24 Masalah-masalah Berkenaan Dam 
Bab 25 Masalah Umum Haji 
Bab 26 Munakahat 
Bab 27 Perempuan yang Haram Dikahwini 
Bab 28 Talak dan Perceraian 
Bab 29 Masalah-masalah Umum 
Penutup






tag:
----------------
kedai buku online malaysia murah 11street lelong lazada facebook diskaun discount promosi cybersale coupon kupon jualan rm buku book buku-buku hebat cimb maybank rhb bank islam rakyat bsn maybank2u cimb cliks clik twitter instagram harian metro berita harian utusan malaysia bangla peguam negara proton perodua nokia xiaomi redmi note 3 honor 5x huawei lg one plus oneplus two x samsung s7 galaxy note 6 apple iphone 5x iphone7 iphone 7s 6 6s amrans amran fan kemasukan 1.5 juta 2.6 billion mph bookcafe pts mphonline bukuonline2u beli bukuonline kedaibuku dropship emas minyak petronas top seller
------------------

No comments:

Post a Comment