Tuesday 16 February 2016

Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf

Beli disini (Maybank2u, CIMB clicks, VISA, Mastercard, Online Banking)




“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

- Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi

Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

- Erti Hidup Pada Memberi

Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

- Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung

Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.

- Bisnes Diberkati Allah

Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,

“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yangsedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.





Memimpin Transformasi Gaya Abdul Rahman bin Auf

Resume Abdul Rahman bin Auf

Bahagian 1: Nilai

Hari Pertama - Memiliki Paradigma Kaya

Hari ke-2 - Meneroka “Jalan Sutera”

Hari ke-3 - Mengakses Maklumat yang Benar

Hari ke-4 - Berdiri Atas Kaki Sendiri

Hari ke-5 - Mencintai Rasulullah

Bahagian 2: Proses

Hari ke-6 - Membetulkan Persepsi terhadap “Wang”

Hari ke-7 - Bermula dengan Apa yang Ada di Tangan

Hari ke-8 - Hijrah Memantapkan Bisnes

Hari ke-9 - Menjadi Hebat dengan Sabar

Hari ke-10 - Syukur dengan Kedua Tangan

Bahagian 3: Strategi

Hari ke-11 - Zuhud Bisnes

Hari ke-12 - Transformasi Nama dan Jenama

Hari ke-13 - Tradisional Murabahah

Hari ke-14 - Multi Tasking Anugerah Tuhan

Hari ke-15 - Sinergi Haji dan Umrah

Bahagian 4: Quwwah

Hari ke-16 - Kayakan Waris

Hari ke-17 - Bisnes dengan Bukan Muslim

Hari ke-18 - Dekati Masjid

Hari ke-19 - Berdoa untuk Orang Lain

Hari ke-20 - Aku Nikah dengan Satu Dinar

Bahagian 5: Matlamat

Hari ke-21 - Bisnes Patuh Syariah

Hari ke-22 - Menjadi Saudagar Tuhan

Hari ke-23 - Bina Lingkungan Muakha

Hari ke-24 - Integriti dan Karismatik

Hari ke-25 - Refleksi Diri

Bonus Tambahan Untuk 5 Hari

Panduan Bisnes Sepanjang Zaman

FAQ: Salah faham Terhadap Abdul Rahman bin Auf

Lapan Amalan Takwa


===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-131-9 
Tarikh Terbit: 13 Dec 2011
Jumlah Muka Surat : 376
Berat (kg): 0.48
===========================

REVIEW

Siri Pertama: Mutiara Bisnes Untuk Usahawan Muslim

“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”- Abdul Rahman Bin Auf
Buku ini menunjukkan langkah-langkah bagaimana Abdul Rahman Bin Auf mampu menjadi jutawan dalam tempoh 10 tahun sahaja. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta. Beliau adalah saudagar tuhan dan sahabat yang disayangi oleh Rasulullah. Kekayaan yang dimiliki tidak melalaikannya, bahkan semakin mendekatkan dirinya dengan pemilik segala kekayaan, Allah yang Maha Kaya. Dalam Perang Tabuk, beliau menderma lebih daripada RM25 juta. Nilai dermanya ketika itu setara dengan nilai 200 dinar, 500 ekor kuda, atau 1500 ekor unta.
Apakah rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan bisnes Abdul Rahman? Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, beliau menjawab,
“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Beliau bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan beliau yang pertama adalah keju dan minyak, kerana itu sahajalah yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah.
Buku ini bukan semata-mata menghamparkan rahsia bisnes Abdul Rahman, tetapi turut dilengkapi dengan panduan bisnes pada masa sekarang. Teknik dan strategi Abdul Rahman dijadikan rujukan asas dan disesuaikan dengan perkembangan bisnes moden.
Buku ini juga membetulkan beberapa salah faham kepada Abdul Rahman yang sering berlegar dalam masyarakat Islam. Antara contoh salah faham yang popular adalah, Abdul Rahman akan masuk syurga dengan cara merangkak. Sebenarnya, hadis yang mencanang-canangkan Abdul Rahman masuk syurga dengan merangkak ini adalah hadis palsu. Sekiranya Abdul Rahman masuk syurga secara merangkak disebabkan hartanya, hal ini sudah cukup menunjukkan celaan kepada harta. Yang dicela sebenarnya adalah mendapatkan harta dengan cara yang salah dan tidak menunaikan kewajipan yang berkait dengan harta.
Dengan perkongsian rahsia kekayaan Abdul Rahman dan strategi bisnesnya, buku ini adalah mutiara yang berharga kepada semua usahawan. Kita juga dapat mengenali peribadi sahabat Rasulullah ini dengan lebih dekat.
Dalam siri kedua nanti, pembaca akan didedahkan dengan strategi kafilah dagang yang dapat menjana keuntungan sehingga jutaan dinar setahun.

Siri Kedua: Kafilah Dagang Jana Untung Jutaan Dinar

“Dalam keheningan kota Madinah, tiba-tiba kedengaran bunyi gerombolan unta memasuki kota. Abdul Rahman Bin Auf pulang dari Syam dengan kafilah dagang, 700 ekor unta yang sarat dengan barang dagangan.” - Anas Bin Malik
Sistem kafilah dagang atau rombongan bisnes dipraktikkan oleh masyarakat Arab, termasuklah Abdul Rahman Bin Auf. Menurut sejarah Islam, nilai bisnes kafilah dagang Arab mencecah jutaan ribu dinar setahun. Modus operandi sistem ini sama seperti aktiviti import dan eksport sekarang.
Ramai peniaga yang bergabung dalam satu kafilah dagang. Mereka bergerak bersama-sama untuk berurus niaga ke luar negara seperti Syam. Ahli dalam satu kafilah dagang boleh mencecah ratusan orang dan bilangan unta hampir 1000 ekor. Unta adalah pengangkutan utama dan berfungsi sebagai sistem kargo pada zaman itu.
Imam Malik berkata,
“Sudah menjadi tradisi orang Madinah, orang membeli pakaian di sebuah kedai dan membawanya ke kota lain bagi dijual dengan tambahan untung yang disepakati.”
Konsep bisnes yang diamalkan dalam kafilah dagang ini adalah murabahah. Dengan cara murabahah, satu barang dijual dengan harga yang ditetapkan selepas dikira harga kos dan nilai keuntungan. Walaupun keuntungan adalah matlamat utama bisnes, Abdul Rahman lebih mengutamakan keberkatan. Kata-kata beliau yang terkenal adalah,
“Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Bagi mengaplikasikan konsep kafilah dagang ini dengan keuntungan yang optimum, strategi bisnes Tao Zhugong boleh digunakan. Tao Zhugong adalah tokoh pengasas pemikiran bisnes Cina. Strateginya adalah,
“Kenal pasaran dan lakukan jual beli pada waktu keemasan.”
Permintaan pelanggan dan trend pasaran sentiasa berubah-ubah mengikut perubahan masa, musim, dan cuaca. Bagi memanfaatkan maklumat pasaran, Tao Zhugong dan rombongannya berjalan jauh selama berbulan-bulan bagi mencari pasaran yang sesuai dan mengaut keuntungan yang lumayan.
Hasil gabung jalin antara konsep kafilah dagang dan strategi bisnes Tao Zhugong, kita akan dapat memantapkan aktiviti bisnes supaya keuntungan yang optimum dapat diperolehi.
Dalam siri ketiga, pembaca akan didedahkan dengan konsep persaudaraan Islam yang menjadi asas pembinaan empayar bisnes yang kukuh.
Siri Ketiga: Persaudaraan Islam Asas Empayar Bisnes

Abdul Rahman Bin Auf meninggalkan segala harta kekayaannya semasa berhijrah ke Madinah. Di sana, Rasulullah mempersaudarakan beliau dengan Saad Bin Rabi, tokoh golongan Ansar yang kaya. Atas dasar persaudaraan Islam yang kukuh, Saad menawarkan separuh kekayaannya untuk diberikan kepada Abdul Rahman. Saad juga rela menceraikan salah seorang isterinya supaya dapat dikahwini oleh Abdul Rahman. Tawaran dan niat baik Saad ini ditolak lembut oleh Abdul Rahman dengan kata-kata yang masyhur ini,


“Saudaraku, semoga Allah memberkati keluarga dan harta benda saudara. Jangan disusahkan tentang diri saya. Yang penting, saudara sudi menunjukkan jalan menuju ke pasar.”


Sahabat-sahabat Muhajirin yang lain juga dipersaudarakan dengan golongan Ansar. Dengan adanya ikatan persaudaraan ini, mereka sanggup memberikan harta benda bagi dijadikan modal bisnes sehingga akhirnya ekonomi Muhajirin dapat dipulihkan. Konsep persaudaraan ini adalah asas tertegaknya empayar pemerintahan Islam di Madinah. Persaudaraan ini juga menjadi asas pembinaan empayar bisnes Abdul Rahman yang berjaya memecahkan monopoli orang Yahudi di Madinah.


Islam tidak menganjurkan permusuhan dan persaingan. Islam menganjurkan bantu-membantu dan berlumba-lumba mengejar kurniaan Allah. Persaudaraan Islam yang kukuh adalah networking yang terhebat dalam dunia bisnes.


Abdul Rahman mendapat Saad sebagai saudara dan rakan kongsi bisnesnya. Namun, beliau langsung tidak mengambil kesempatan atau mempergunakan Saad untuk kepentingan diri. Dalam konsep kafilah dagang yang dijelaskan dalam siri kedua, persaudaraan juga menjadi asas kepada kejayaan bisnes kafilah dagang. Ahli kafilah dagang akan bekerjasama menghadapi cabaran di sepanjang perjalanan. Mereka juga bersatu hati mempertahankan kafilah dagang daripada serangan perompak padang pasir.


Keistimewaan dan isi kandungan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf sudah dijelaskan dalam tiga siri ulasan sebelum ini. Daripada ribuan ayat dan puluhan rahsia kekayaan Abdul Rahman, hanya sebahagian yang dapat dikongsikan dalam ulasan yang ringkas ini.



tag:
----------------
kedai buku online malaysia murah 11street lelong lazada facebook diskaun discount promosi cybersale coupon kupon jualan rm buku book buku-buku hebat cimb maybank rhb bank islam rakyat bsn maybank2u cimb cliks clik twitter instagram harian metro berita harian utusan malaysia bangla peguam negara proton perodua nokia xiaomi redmi note 3 honor 5x huawei lg one plus oneplus two x samsung s7 galaxy note 6 apple iphone 5x iphone7 iphone 7s 6 6s amrans amran fan kemasukan 1.5 juta 2.6 billion mph bookcafe pts mphonline bukuonline2u beli bukuonline kedaibuku dropship emas minyak petronas top seller
------------------

No comments:

Post a Comment